‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA

●/

/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan

... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan

....jangan bimbang andai kita belum berpasangan

....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH.

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Follow Me~(o‿-)~

Friday, 17 February 2012

~Muslimah Solehah~


Muslimah Solehah

Adalah wanita yang mengisi kehidupannya dengan fitrah kebenaran.
Jika dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang solehah.
Jika dia seorang isteri, dia akan menjadi isteri yang taat dan patuh pada suami.
Jika dia seorang ibu, maka dia akan mencurahkan kasih sayangnya untuk anak-anaknya....
Begitu juga jika dia sebagai hamba ALLAH yang tidak mempunyai sesiapa..
Dia akan tunduk dan menyerah diri kepadaNya.
Selanjutnya wanita solehah akan mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan...
Wanita Solehah yang telah melengkapkan dirinya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni merupakan bunga Idaman yang menghiasi Taman-taman SYURGA.....



Hatinya disalut taqwa kepada ALLAH.
Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Sentiasa dahaga dengan ilmu,
Sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya.
Tidak pernah takut untuk berkata benar.
Tidak pernah gentar melawan nafsu. 
Tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah mahligai impiannya,
Dialah MUSLIMAH SOLEHAH seadanya.


KEPERIBADIAN MUSLIMAH SOLEHAH

Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam.
Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

 Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.



Allah berfirman yang bermaksud:


"Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu & pakaian indah untuk perhiasan.

Dan pakaian Takwa itulah yang paling baik"

Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka).
(Surah an-Nisaa: ayat 34)

Walau dari keturunan apa pun, dari latar belakang yang macamanapun, andainya wanita ini telah bertaubat, dan benar-benar taat dalam beragama, pasti Allah akan mengangkat darjatnya dan dia tetap terpandang mulia dari sudut mana pun jua.
Firman Allah diatas jelas menunjukkan betapa Allah memelihara wanita-wanita yang solehah ini.


Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua dihati untuk dikasihi, Engkau wanita hiasan duniawi,
Sedarilah insan istimewa, Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan, Bahkan sebagai hiasan kebaikan.


 Renungan Hati Muslimah Solehah "Bidadari Dunia Itu, Wanita Muslimah"

SeNyUm~(o‿-)

Friday, 6 January 2012

Saat Perpisahan


Assalamualaikum..... ~(o‿-)~
Pada masa kini bukanlah mudah untuk kita menasihati mahupon
 menegur saudara2 kita yang seagama.
Memandangkan kita juga manusia biasa yang lemah lagi tiada terdaya.
Memberi nasihat dirasakan terlalu berat cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat.

Dan janganlah mengalah.
Kita tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
SeNyUm~(o‿-)
Sebaik-baik penasihat ialah kematian.
Namun,
mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan?
Mengingatkan mati dan menakutkan.
Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.
Semuanya masih misteri.
Hanya tinggal al-Quran dan al-Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian.
SeNyUm~(o‿-)
Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian.
Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini.
Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!
Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat.
Jika mengingati kematian jiwa akan Takut dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf.
Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan.
Nikmat dosa akan hilang dengan mengingati mati.
Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
SeNyUm~(o‿-)
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah 
SAAT BERPISAH.
Saat perpisahan itu pasti tiba.
Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu.
Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga.
Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati.
Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang.
Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan.
Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
SeNyUm~(o‿-)
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah?
Nikmat sangatkah dunia ini?
Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi.
Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara.
Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua.
SeNyUm~(o‿-)
Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
"Manusia lahir bersama tangisan, 
dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki?
Tidak adakan??
 Justeru, hiduplah berpada-pada.
Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang.
Hatinya tetap merindui kampung halaman.
Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. 
Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara.
Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini bersifat sementara.
Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa.
SeNyUm~(o‿-)
Jangan terlalu gembira dan janganlah terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada
 kesukaran yang tidak diiringi dengan kesenangan.
Selepas ketawa, pasti menyusul air mata.
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma.
Allah memberikan kita terang untuk bersyukur.
Allah berikan kita gelap untuk bersabar.
SeNyUm~(o‿-)
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat.
Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri.
Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya.
Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah.
SeNyUm~(o‿-)
Jangan mengalah.
Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan.
Elakkan hasad, jauhi mengumpat.
Jika tidak mampu menambah, jangan mengurangkan.
Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. 
Ingat selalu kata hukama:
"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam
Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat
Setiap kita mempunyai kelebihan.
Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh.
Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
SeNyUm~(o‿-)
Justeru, carilah apakah "kebijaksanaan" itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.
Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut, katalah pada diri,
bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. 
Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan 
perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan.
SeNyUm~(o‿-)
Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat.
Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu 
kehidupan yang lebih sejati dan hakiki.
Mati itu hanya proses perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh.
Sama juga seperti kelahiran proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
SeNyUm~(o‿-)
Ya, kalau sanggup datang.
Mesti sanggup pulang.
Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah.
Bukankah kita bertemu untuk berpisah?
Dan berpisah untuk bertemu?
Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya... 
Ia itu di Syurga-Nya.
Wallahualam... SeNyUm~(o‿-)

Thursday, 8 December 2011

~ANGRY BIRD~


SeNyUm~(o‿-)~

Seperti yang kita tahu, salah satu game yang sedang 'hangat' di main antara semua game-game apps Apple yang diminati pelbagai lapisan umur tidak kira kanak-kanak, remaja juga tidak ketinggalan IbuBapa kita, boleh dikatakan semuanya suka bermain game ini..

Tidakkah kita pernah tertanya-tanya kenapa ia diminati???
Apa yang best sangat dengan game nie???

Secara am nya, game ini hanyalah berkaitan burung-burung yang marah kepada binatang berwarna hijau (Khinzir) yang mencuri telur mereka..

Betul tak?????

Tapi sedar tak kita...

Permainan ini dipenuhi dengan sifat nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah
Ehh... betul ker?????


(o‿-) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan...

Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
Yang putih pula sanggup mengorbankan anaknya!

Ini bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamat untuk menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya...
Terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas..

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:110)


(o‿-)  Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang
 marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan.
Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.


(o‿-) Tanzim (organisasi) Yang Tersusun

Tapi adakah mereka main langgar je sape yang serang dulu??

TIDAK!!!!

Mereka sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza.
Setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
Jadi mereka menyusun, sape pergi dulu dan selepas itu sape pula yang seterusnya.

KENAPA???

Saidina Ali berkata:
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


(o‿-) Gerak Kerja Yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara mereka menyusun sape yang pergi dulu dan sape yang akan pergi dulu?
Mereka menyusun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling berhasil dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu.

Maka setiap orang yang mempunyai sifat yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya.
Yang reti potong kayu pergi serang kayu.
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu.

Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect.
Apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta sifat jundi (tentera) yang berbeza-beza..

Juga bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit dan masa yang paling cepat..


(o‿-) Taat Dan Sebagai Qiyadah

Perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk 
berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, 
maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.

Pasti tidak ada orang yang nak main jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh.


 (o‿-) Ukhuwah

Lastly, kenalah faham bahawa burung-burung yang marah itu sangat kuat.
Kerana itulah teras dan tunjang utama kekuatan mereka.

Mereka berasa sedih, marah, apabila telur saudara-saudaranya di curi, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka, kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu adalah bersaudara

Seperti kita lah juga semua umat Islam adalah bersaudara..
Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang mampu menarik kita ke API NERAKA..

KENAPA????

Sebab kita juga menyayangi saudara kita..
Sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang.
Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam.
Tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.

Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam.
Malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah 
antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berebut-rebut memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. SungguhNya, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)

SEDARLAH.....

Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah dan kesatuan di kalangan umat Islam..
Semua yang korang baca tadi adalah antara sifat-sifat murni daripada Game Angry Birds.

Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat:

Iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih,
Kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

Wallahualam... SeNyUm~(o‿-)~

Wednesday, 30 November 2011

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur?


Bagi seorang lelaki jika dia merasa kesakitan, maka dia akan membenci dan tidak suka
 kepada wanita yg menyakitinya. Sebaliknya bagi wanita, saat dia kesakitan, 
maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa
Akan tetapiHawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

  Sesungguhnya...
Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok 
yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). 
Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu
Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut,
seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW:

“Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa,
dia memang diciptakan seperti itu. 
Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. 
Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. 

Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Fikir-fikirkanlah....
Wallahualam......
SeNyUm~(o‿-)