‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA

●/

/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan

... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan

....jangan bimbang andai kita belum berpasangan

....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH.

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Follow Me~(o‿-)~

Saturday, 31 March 2012

Biarlah Dia Tahu.. SAYA TAK KISAH ♥


Biarlah dia Salah SANGKA...
Biarlah dia Salah ANGGAP...
Biarlah dia Salah MENDUGA...
Biarlah dia TAHU YANG BURUK...
Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...


Kalau dia IKHLAS.. 
Dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada..
Daripada hanya mengharap yang baik dan sempurna...



Sedangkan kita berusaha menjadi seorang insan yang baik...
Bukan kerana si dia, tapi kerana Allah..
Dia tetap TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN..
Biarlah dia tahu kita tidak pandai itu dan tak pandai ini...

Biarlah dia tahu...
Kita mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu...

Biarlah dia tahu...
Kita pernah punya MASA LALU,
Namun kita masih punya MASA HADAPAN...

Biarlah dia tahu..
Biar dia membuat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU,
Supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah...
Kalau ada jodoh ada lah kan ???
I trust HIM more... (^_^)

Biarlah kita lebih prefered di lihat sebagai diri kita yang tak sempurna...
Biarlah mereka tahu kita tidak tahu itu dan tidak tahu ini,
Daripada mereka melihat kesempurnaan kita yang konon maha baik.
I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)
SeNyUm~(o‿-)

APRIL FOOL HARAM???


Ehhh betul ker... 
Jom Baca..

Rasulullah SAW memberi amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia..
Baginda SAW bersabda:
"Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya."
(HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai'e)

Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada serius mahupun bergurau.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim."
(HR Abu Daud)

Raslullah SAW juga bersabda:
"Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran."
(HR Ahmad dan At-Thabrani)

Ohh.. Patut laa...
Anda rasa macam mana????
Hmmm....
Kita diberi akal fikiran untuk berfikir mana baik buruk nya...
Berhati-hatilah sebelum kita melakukan sesuatu perkara..
Renung-renungkan dan selamat beramal~SeNyUm~(o‿-)
Wallahualam...

Thursday, 29 March 2012

KELEBIHAN HARI JUMAAT.



Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita satu hari 
dalam seminggu untuk kita berkumpul beribadah kepadanya.
Hari tersebut adalah hari JUMAAT.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat."
(Hadith riwayat 5 perawi kecuali Bukhari.)

Maka hari Jumaat merupakan hari yang paling mulia dalam seminggu.
Di dalamnya ada waktu yang sangat mustajab doa.
Di dalamnya disyariatkan solat Jumaat.
Di dalamnya disyariatkan khutbah Jumaat.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jumuah, ayat 9:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk mengerjakan solat Jumaat maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu ketahui."



Di antara hikmah Allah s.w.t mewajibkan solat Jumaat adalah agar kita 
sentiasa diperingati untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah.
Malah wasiat untuk bertaqwa kepada Allah merupakan satu rukun yang
wajib pada khutbah Jumaat.
Begitu juga setiap hari Jumaat merupakan peluang untuk kita mendengar nasihat, peringatan dan kebesaran Allah s.w.t, agar kita memperbaharui keimanan kita kepada Allah, mengukuhkan lagi aqidah kita dan menambahkan lagi cinta kita kepada Islam. 
Inilah antara hikmah diadakan khutbah pada solat Jumaat.

Amat sedih sekali jika kita menganggap solat Jumaat ini sebagai satu 
perkara yang rutin, yang diulangi tanpa ada apa-apa kesan didalam jiwa.
Malah lebih malang lagi apabila ada sebahagian kita menganggap waktu khutbah Jumaat sebagai waktu rehat, waktu melelapkan mata, waktu tidur.
Ada sebahagian jemaah yang bukan sahaja tidak menghayati khutbah yang disampaikan, malah dibuai mimpi, seolah-olah khutbah Jumaat adalah cerita-cerita belaka.
Tentu kita tidak mahu menjadi orang yang khayal ketika khutbah disampaikan.
Tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang tidur ketika khutbah disampaikan.

Kerana orang yang tidur dan khayal ketika khutbah disampaikan akan terlepas fadhilat mendengar khutbah, mereka akan terlepas meningkatkan ketaqwaan mereka.
Akan terlepas dari mereka peluang untuk menambahkan keimanan mereka.
Rasulullah s.a.w melarang kita dari berbual ketika khutbah sedang disampaikan.
Sesiapa yang berbual maka akan terlepas pahala Jumaat mereka.

Mengapa???
Agar kita dapat menghayati khutbah.
Inikan pula seorang yang tidur ketika khutbah disampaikan.
Bagaimanakah mereka akan mendapat rahmat Allah?
Mungkin tajuk khutbah yang disampaikan sudah biasa kita dengar.
Mungkin juga khatib yang menyampaikan khutbah tersebut tidak mahir berpidato.
Mungkin juga kita tidak faham apa yang disampaikan.
Tetapi ini bukan alasan untuk kita khayal atau tidur ketika khutbah disampaikan.
Kerana rahmat yang Allah turunkan tidak bergantung keseluruhannya kepada isi khutbah Jumaat, ataupun cara khatib menyampaikan khutbah, ataupun bahasa khutbah itu sendiri.

Rahmat yang Allah turunkan bergantung kepada tahap khusyuk dalam hati kita.
Bagaimana kita boleh mendapat khusyuk kalau kita tidur?
Jika kita tidak dapat menghayati khutbah, maka sebaiknya berzikirlah dalam hati.
Atau kita mengingati kembali segala dosa-dosa dan maskiat yang kita pernah lakukan.
Dan bersegeralah meminta ampun daripada Allah s.w.t, moga-moga ketika kita memohon ampun dari Allah tersebut adalah waktu mustajab doa.
Kita tidak tahu samada kita dapat berjumpa Jumaat akan datang atau tidak.
Malah kita tidak tahu samada ajal kita akan tiba apabila kita selesai dari mengerjakan solat Jumaat ini.

Maka anggaplah ini merupakan solat Jumaat yang terakhir kita di muka bumi ini.
Anggaplah setiap Jumaat merupakan yang terakhir kita di muka bumi ini.
Tidakkah kita mahu bertaubat sebelum ajal datang menyambar.

Allah s.w.t berfirman:

"Bagi setiap umat ajalnya.
Apabila datang ajal mereka maka tidak diperlambatkan atau dipercepatkan sedikitpun."




Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah memastikan bahawa niat kita diperbetulkan apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat.
Adakah kita pergi ke masjid hanya sekadar melepaskan tanggungjawab solat Jumaat?
Adakah kita pergi ke masjid untuk berehat?
Atau adakah kita pergi ke masjid untuk mendapat rahmat dari Allah?

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadith yang masyhur:

"Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat.
Dan sesungguhnya setiap seorang mendapat hasil dari apa yang diniatkan."

Oleh itu, marilah kita perbetulkan niat kita apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat.
Kita pergi ke masjid atas niat untuk mendapat rahmat Allah s.w.t.
Insya Allah, rahmat Allah yang akan kita perolehi kelak.
Dan dengan rahmat Allah, kita akan dapat mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah.

Firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah mereka 
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan solat dan 
mengeluarkan zakat dan mereka tidak takut kecuali kepada Allah.
Maka mudah-mudahan mereka tergolong dalam orang-orang yang diberi petunjuk."
(At-Taubah, 18)

Maka sama-sama lah kita juga diri ini akan memperolehi Rahmat dariNya,
Seperti mana yang Allah janjikan kepada hamba-hambaNya.
 Anggaplah ini merupakan solat Jumaat yang terakhir bagi kita di muka bumi Allah ini..Sekian...
Wallahualam...

Tuesday, 27 March 2012

SURAT DARIPADA IBLIS



Ketika aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. 
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu 
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu.
Juga tidak sempat mengerjakan solat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu .

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku benar-benar menyukainya. 
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. 

Hai Bodoh.... Kamu millikku. 
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . 
Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah. 
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. 
Dia sudah mencampakkan aku dari Syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya.

Kau lihat....
ALLAH MENYAYANGIMU
dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. 
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, 
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. 
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH 

Aku benar-benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan
kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani 
Kita tonton filem 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangnya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. 
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. 



Ayuhlah, Hai Bodoh...
kita terbakar bersama, selamanya. 
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. 
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. 
Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' 
Kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. 
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu. 
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. 
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. 

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. 
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. 
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah seego-ego yang mungkin. 
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. 
Begitulah anak-anak . 

Baiklah....
Aku persilakan kau bergerak sekarang. 
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. 
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. 
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. 
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. 

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. 
Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH. 



Catatan iblis:
Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

Kempen Tutup Aurat Di Facebook..



Penganjur:



SASARAN:
Wanita-Wanita Islam Khususnya Melayu Yang Lalai Mendedah Aurat Di Facebook
(Juga Kepada Lelaki-Lelaki Islam)

TEMPOH KEMPEN:
Selagi Facebook Wujud

OBJEKTIF: 
Menyedarkan Mereka Bahawa Lagi Lama Membiarkan Gambar Tidak Menutup Aurat Mereka Tersiar Di Facebook, Dosa Akan Bertambah Dalam Buku Amalan.

PERHATIAN!!!!!
Menutup Aurat Bukan Membalut Aurat..

PENYERTAAN:
Bloggers, Pemilik Laman Web,Pemilik Account facebook dan Seluruh Umat Islam..

GANJARAN:
Pahala Dari Allah Kerana Usaha Menyebar Kesedaran

CARA BERKEMPEN:
Share artikel ini dan sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain...

SUMBER:
Hamba Allah

AWASS!!!!

p/s: Sila sebarkan... syukran..

Sunday, 18 March 2012

Aku MenDamba Perkhawinan Yang Menyempurnakan Agamaku.



Perkhawinan bukan semata-mata kerana cinta..
Tetapi adalah untuk menyempurnakan agama. 

Rasulullah SAW bersabda:
 “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.” 

Seperti mana sebuah cinta yang mendalam boleh pudar begitulah jua cinta yang tiada kan bisa dipupuk.
Cuba kembali ke zaman dahulu di waktu nenek dan datuk kita bertemu dan bersatu. Kebanyakan dari mereka ditentu jodoh oleh ibu bapa.
Tanpa bantahan tanpa bicara, perkawinan di setuju asalkan calon menantu seorang yang baik dan beriman. 

Statistik penceraian yang terjadi di waktu itu tidak lah menghampakan seperti sekarang.
Walau mereka bersatu bukan atas dasar cinta tetapi lama-kelamaan rasa itu bisa dirasa. Disitulah hikmahnya sebuah restu orang tua. 

Tetapi cuba kita buka mata dan melihat dunia hari ini.
Penceraian demi penceraian sering kita kedengaran.
Hampir saja perkara tersebut di anggap biasa dan kini kita sudah tidak 
terkejut mendengar penceraian yang berlaku di mana-mana pun. 

Entah apa puncanya.
Berkahwin karena cinta sama cinta pun masih banyak masalah melanda.
Bercinta hampir beberapa 5 tahun (sebagai contoh), berkahwin tak sampai 5 bulan.
Mengapa terjadinya kejadian-kejadian yang terlalu mengecewakan ini???

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: 
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” 

Perkawinan sebenarnya sangat suci dan merupakan ikatan dua hati.
Disitu kan teruji sebuah kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan.
Berkawinlah dengan niat untuk menyempurnakan agama.
Makanya, pasangan yang dipilih jangan karena nilai material yang ada padanya.
Jika berkawin semata-mata hanya kerana cinta, suatu masa nanti cinta akan pudar jika tidak di baja atau pun tatkala hati bertemu dengan insan yang lebih sempurna.

Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan, suatu masa nanti tatkala kau jumpa kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.. 

Oleh itu, berkahwinlah karena agama.
Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama.
Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata..
Tetapi tekadlah untuk sama-sama melengkapi kekurangan diri.
Sama-sama membimbing ke jalan yang diredhai. 

Kehidupan ini tidak lama, kematian akan membawa kepada sebuah alam yang kekal.
Di alam sana kita mahu bersama keluarga kita kembali, berkumpul dan bersatu lagi.
Tetapi jika kita tidak bentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, bagaimana kita akan menemukan insan yang bertaqwa dan bagaimana nanti kita akan memimpin pasangan kita untuk bersama-sama dunia akhirat? 


Allah S.W.T berfirman:
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur’:26) 

Tidak mengapalah jika pasangan kita kurang rupa..
Asalkan dia orang yang kuat agama. Kecantikan dunia tidak akan kekal lama.
Meningkat usia rupa sudah hilang mudanya.
Dan perhatikan pula jika berlaku kemalangan yang menjejaskan rupa..
Mencacatkan anggota dan menghilangkan keupayaan kita,
hilang ranap segala yang kita banggakan itu.
Itulah kecantikan yang ada di dunia. 

Tetapi, di alam syurga, semua manusia akan jelita dan kacak bergaya.
Itu akan kekal abadi, dan mata tidak akan pernah jemu-jemu menatapnya.
Subhanallah..!!!

Jangan hampa jika pasangan kita tidak kaya.
Asal hatinya kaya dengan zikir-zikir mengingati yang Esa.
Harta dunia cuma tipu daya. Kemiskinan satu ujian dan kekayaan jua suatu ujian.
Malah jika iman menipis, kekayaan yang melimpah ruah itu sememangnya sukar dijaga.
Dan di akhirat nanti setiap perbuatan yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan. 

Cukuplah sekadarnya kita punya, asalkan kita masih mampu menjalani 
kehidupan dengan mudah dan sempurna.
Asalkan kita mampu mencari rezeki yang halal yang tidak bergelumang 
hutang piutang, itu sudah memadai.
Berdoalah kepada Allah memohon perlindungan dan kekuatan dari 
nafsu yang tidak jemu merayu. 

Di alam syurga yang kekal sana, tiada lagi manusia yang miskin, segala apa yang 
dihajati akan sampai hatta dengan sekali niat sahaja.
Rumah-rumah bersalut kemewahan, kenderaan yang jauh lebih hebat dan 
tidak mampu di bayangkan. Subhanallah, cukup besar anugerah Allah kepada 
mereka yang tidak melupakanNya. 

Dari Abu Musa Al Asy’ari dari Nabi shallallaahu alaihi wa sallam beliau bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan 
rumah yang terbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, 
panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya, 
di sekelilingnya tinggal pula orang mukmin lainnya namun mereka 
tidak saling melihat satu sama lain.



Allah berfirman yang maksudnya: 
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, 
bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir 
sungai-sungai didalamnya”. 
(QS al-Baqarah : 25) 


Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia.
Bahagia bukan hanya mendamba meterialistik semata-mata.
Tetapi bahagia akan hadir dalam ridha Dia.
Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan...
InsyaAllah......

Wednesday, 14 March 2012

Aku TAHU... TAPI AKU....



Aku TAHU hidup di dunia ini hanyalah SEMENTARA…..

Aku TAHU segala amalam akan DI HISAB…..

Aku TAHU RAKIB ATID setia di sisi mencatat setiap AMALAN KU ……

Aku TAHU SOLAT itu adalah WAJIB…..

Aku TAHU AJAL MAUT KU tiba, bila-bila MASA sahaja……

Aku TAHU apa itu DOSA dan apa itu PAHALA ……..

Aku TAHU ALLAH sentiasa MEMERHATIKAN gerak geri ku ……

Aku TAHU setiap ujian ALLAH pasti ada HIKMAHNYA………..

Aku TAHU AZAB-NYA di api NERAKA…..

AKU TAHU betapa NIKMAT kehidupan di SYURGA…………

Dan MACAM-MACAM lagi yang aku TAHU… 
TAPI AKU…..

YA ALLAH.....
BANYAKNYA perkara yang HAMBAMU ini telah TAHU.
 Tetapi HAMBAMU ini MEMBUAT seolah-olah TIDAK TAHU...!


SESUNGGUHNYA aku MALU dengan MU Ya ALLAH...

YA ALLAH...
 KUATKANLAH IMAN KAMI...
JAUHKAN KAMI DARI GODAAN SYAITAN...
KAMI TIDAK MAHU BERSAMA MEREKA DI DALAM API NERAKA...
KAMI MAHU BERSAMA AHLI SYURGA, BERSAMA KEKASIH KAMI NABI MUHAMMAD SAW, PARA ANBIA, PARA SYUHADA...!
INSYAALLAH.....
 BANTULAH KAMI YA ALLAH....
AMIN....

WALLAHUALAM....