‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA

●/

/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan

... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan

....jangan bimbang andai kita belum berpasangan

....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH.

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Follow Me~(o‿-)~

Sunday, 14 August 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya???????
Ya perlukah seorang wanita yang bebas, mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki???

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa. Cinta juga tidak datang di kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada yg memerlukan. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berserban, janggut selambak atau harta membuak-buak. (hahaha)


Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan dl sesuatu perhubungan.

Kerana apabila mempersilakan seorang lelaki duduk di samping seseorg untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya dipikul atas bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun sebelum berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak mengatasinya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihendaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

SeNyUm~(o‿-)~

Monday, 1 August 2011

DI MANAKAH CANTIKNYA WANITA?

kaum wanita aurat dibuka,
berlenggang lenggok di jalan raya,
sanggol di lilit bagai mahkota,
tak akan mencium semerbak syurga.....

Mungkin pada sepasang matanya yang manja yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu memberikan jerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekali memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi mungil anak-anak.
Atau mungkin juga pada gerai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang bisa melembutkan sekaligus menghangatkan perasaan.


Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita.

Seseorg wanita itu. seharusnya panjangkan kesyukuran ke hadirat Tuhan karena menjadikan dirinya wanita dan memberikan kita keindahan itu. 


Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi...... wajah akan suram, mata akan kelam. 


Satu saja yang tidak akan dimakan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Demikianlah kecantikan yang sebenarnya.
Renung-renungkan dan selamat beramal~SeNyUm~(o‿-)
"perempuan tidak memahami hati seorg lelaki yg jujur, malah hatiku turut disakiti dengan pelbagai jenis "racun",tiada siapa kah lg yg sanggup mengubati hatiku yg telah hancur luluh ini,semakin hari semakin sunyi,keseorangan tanpa sesiapa yg mengasihi ku,wahai TUHAN ku tolong lah hamba Mu ini yg sering disakiti dan sering keseorangan ini"
 9 sikap wanita yang disukai lelaki: (sekadar renungan buat kita semua...)
  1. Keibuan
  2. Keanak-anakkan
  3. Penuh Pengertian
  4. Menghargai
  5. Menjaga Penampilan
  6. Pandai berbicara
  7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
  8. Menghormati Diri Sendiri
  9. Simpati dan prihatin

Monday, 11 July 2011

Ya... Ku Akui Aku Cemburu....


Asslmualaikum......

kenapa yer klu sebut je pasal cemburu, sering kali kaum adam di persalahkan?????
kate nye kaum adam terlalu mengonkong kehidupan pasangan nyer,
sehinggakan mnjadi punca pergolakkan dlm rumah tangga mahu pun dlm sesuatu perhubungan,
salah ker klu seseorg lelaki nk cemburu tuk kebaikan bersama?????
renung2kan lah...... 
Cemburu bagi seorang lelaki adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan kaum hawa...

Cemburu :
Dalam agama adalah perlunya cemburu dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan maruah seseorang, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali..(Imam Ibn Qayyim)

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada wanita yang menyalahkan lelaki kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal lelaki yang bertanya wanita itu dan ini untuk menyiasat.

saya nasihatkan agar wanita janganlah memarahi lelaki anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa lelaki tidak percaya kepada diri anda.

Kerap berlaku, lelaki akan segera disalah erti sebagai �tidak mempunyai kepercayaan’ kepada wanita.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki lelaki yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang lelaki yang memperolehi wanita solehah kerana lelaki tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan.
Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari lelaki, wanita ini sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya sendiri.

Dayus :
IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (isteri/tunang/teman wanita @ kaum kerabatnya) atau langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa ahlinya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan ahlinyadipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.  ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak"

Secara Mudahnya Lelaki Akan Menjadi Dayus Jika:
  1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh wanita dinikmati oleh lelaki lain walaupon melalui gambar dan video
  2. Membiarkan wanita balik lewat dari kerja atau pon berjalan-jalan yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya.
  3. Membiarkan aurat wanita terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan wanita memasuki Akademi Fantasia, Mentor, Gang Starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan wanita kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  9. Membiarkan wanita disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  10. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  11. Membiarkan wanita bermesra, brgurau senda dgn teman lelaki sepejabat, sahabat baik (lelaki lain) tanpa sebarang perasaan cemburu.
  12. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :

Lebih penting adalah kita melihat,
adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..
jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan dan wanita, jika anda sayangkan suami, bapa n lelaki anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Ya.. ku akui aku cemburu kerna aku tidak mahu tergolong di kalangan org yg Dayus...
salah ker aku cemburu???salah ker??? 

Akhirnya, wahai para suami, ayah @ lelaki, pertahankan agama isteri, keluargamu @ wanita walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi Saw bersabda :
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.
Renung-renungkan dan selamat beramal~SeNyUm~(o‿-)♥♥

Friday, 3 June 2011

"Allah Sering Kali Membuat Kita Berubah Melalui Musibah"


Kadang2, Allah memberi petunjuk melalui musibah yg kadang2 kita tak sedar.

Allah mengingatkan tatkala maksiat sering dilakukan, baik terang-terangan, atau sembunyi.

Mahu ke tempat maksiat menaiki kereta, tambah lagi meninggalkan rumah dlm hati ibu yg 'terluka'. Tiba2 kereta rosak ditengah jalan. Minta pertolongan, tak sampai2..hampir sehari menunggu pertolongan. Tapi lepas kereta dah baik, teruskan juga pergi.
Tak sedarkah Allah sedang mengingatkan kamu?

Laptop yang dibeli digunakan untuk maksiat padaNya. Dengan melihat gambar2 yg haram dilihat, movie2 yg melalaikan hingga lupa solat, tak mahu keluar untuk kerja dakwah, lagi pula remaja2 yg asyik bercintan-cintun..
Sekali laptop rosak, baiki tanpa sebarang kesedaran..Allah sedang mengingatkanmu~

Handphone yg dibeli hasil susah payah mengumpul wang..diguna untuk berfoya2 dengan dosa, digunakan untuk menyebarkan fitnah, digunakan untuk menipu dan sebagainya..tiba2 hilang, dicuri. Jatuh entah ke mana. Tertumpah air, termasuk ke dalam mesin..dan byk lagi kes2 kejadian.
Allah sedang memerhatimu dan mengingatkanmu~

Bila hati banyak dosa, hati mula resah gelisah.
Belum ingat lagi kerana apa?
Benarkah kita ini hamba yg berSYUKUR?

Nikmat yg diberi, gunakan untuk mendekatkan padaNya..bukan untuk dosa. 
Astaghfirullah. Astagfirullah. Astaghfirullah.

"Nasihat memang salah satu jalan hidayah, tapi pengaruhnya kadang lemah sebab hati kita sudah payah. Kerana itu Allah sering kali membuat kita berubah melalui musibah."

Salahkah 'Tuhan' mahu hambaNya menjadi lebih baik? Bukankah itu satu kebaikan yg Maha Baik? Ada yg memerhati kita, ada yg kisah tentang kita..

Hanya dengan kemiskinan, orang kaya menjadi sedar akan berharganya kekayaan.
Kehilangan membuat kita sedar akan pentingnya pertolongan.
Citarasa dunia yg berubah-ubah menyedarkan kita akan perlunya kita kepadaNya.
Kita akan mula bersikap 'arif' terhadap dunia, kerana kita sedar dunia hanya salah satu kurnia.
Kita akan mula mengejar yg kekal, kita melewati dunia sekaligus menjadikannya bekal, untuk menghadapNya yg Maha Kekal. Bukan mengumpul koleksi2 dosa yg berkarat.

Berusahalah sembari bertawakkal~:)

** Menulis bukan kerna nama, tapi kerna Allah, untuk Allah, bersama Allah. InsyaAllah. Peringatan untuk kita bersama yg sering lalai dibumiNya :)

** Sejujurnya sangat berasa pelik bila orang yg sering melagukan cinta pada sang rasul, cinta pada Allah, tapi terang-terangan melakukan cinta tanpa malu dengan Allah & Rasul..huhu~
Peliharalah maruah dirimu dan maruah agamamu.

Jangan mengadu jika hati tidak tenang tentaram..
Jangan meluah ilmu tidak masuk ke dada..
Jangan runsing langkah perjuangan semakin mandul..
Jangan pelik maksiat terasa nikmat..

Periksa hatimu..
Perbaharuilah ia..
Menangislah kerana DIA..
Allah Maha Pengampun..
Runtuhkan egomu..
DIA menanti rayuanmu.

Indahnya jika iman sentiasa dijaga..