‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA

●/

/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan

... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan

....jangan bimbang andai kita belum berpasangan

....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH.

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Follow Me~(o‿-)~

Wednesday, 13 June 2012

~WANITA DAN MALU~


(o‿-)
Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. 
Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. 
Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? 
Wanita mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. 
Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu 
surah An-Nisaa'. 

Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, 
"seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya."  
Ingatlah akan Sayyidatina Khadijah r.a., dan Masyitah. 
Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. 
Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. 
Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa. 
Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. 

Mereka itu adalah wanita...
yang menundukkan pandangan mereka, 
menjaga aurat mereka, 
memelihara malu mereka, 
yang memelihara perilaku mereka...
serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan. 
Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga...
oleh seorang wanita Islam.

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." 
(Surah Al Ahzab: 32)

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." 
(Surah Al-Ahzab, 33)

 “Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki...?”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula bunga.
 Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.
Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, di mana-mana ruang dan peluang.
Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba 
dan terus mencuba.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi) 

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.
Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. 





Walau apa pun yang dilakukan oleh wanita, ianya akan mendapat perhatian lelaki.

Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat akan diminati,
apabila memakai pakaian menutup aurat akan kelihatan menawan,
apabila berpakaian seksi akan dipandang menggoda,
dan pelbagai lagi menarik perhatian lelaki terhadap wanita.

Ianya bergantung juga pada lelaki yang memandangnya.
Oleh sebab itu Allah s.w.t telah mengurniakan sifat malu kepada wanita.
Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat, dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak. Hendak mendedahkan aurat, dia takut kalau ada lelaki mengganggunya dan hendak berjalan seorang, dia takut kalau ada orang mengusiknya.



Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu."
(HR Bukhari)



Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.

Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang.
Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana.
Melalui media cetak  dan media elektronik bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Ingatlah wahai wanita~
Berdua-duaan dalam Islam adalah haram jika pasangan belum bernikah,ini kerana mereka akan terjerumus melakukan maksiat (bersentuhan dan zina).
Mempunyai rasa cinta adalah fitrah manusia yang diberi Allah dan ia tidaklah salah.
Bermanja-manja dengan orang yang dicintai, keluar bersama tanpa mahram wanita tidak dibenarkan dalam Islam walaupun sudah bertunang.
tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja. 
Ingatlah wahai wanita, 
sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. 
Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. 
Ingatlah wahai wanita, 
kepanasanmu bertudung, 
longgarnya pakaianmu, 
panjangnya lengan bajumu, 
panjangnya sarung kakimu, 
sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu...
ganjarannya SYURGA di akhirat kelak. (o‿-)



Kebaikan itu adalah elok budi pekerti.
Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya...

(Riwayat Muslim) Ibn Umar ada berkata:
"Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut." 
Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman,
dan kejahatan itu dalam keraguan" 

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.
Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita.  Syurga itu impianmu, MAKA ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda.




Mulialah wanita solehah.
Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan 
melahirkan generasi dambaan.
Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di surga.
Kemuliaan wanita solehah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, 
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. 
(HR. Muslim).

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan:
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki.
Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, 
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa...
Setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..
Insyaallah....
WALLAHUALAM...  
SeNyUm~(o‿-)

Thursday, 19 April 2012

Hari Jumaat!! Ada Apa??

Sekadar Renungan Kita Bersama.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 
Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat..
 Pada 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat.

Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi
pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini
Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur.
Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit..
Bukan hari kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia
 di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 sahaja.

Menurut kajian NASA...
Pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi..
Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu?
Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012??
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..


Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa
agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah..
Jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman..
Mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu..".

Kami bertanya:
"Suara apakah, ya Rasulullah?"

Beliau menjawab:
"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, 
pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur,
menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya,
pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.
Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat,
masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah 
kalian kepada Allah dan ucapkanlah:
 " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ",
kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
(Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..


Ya Allah....
Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,
yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,
sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,
lindungila kami sekeluarga..
aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......
Wallahualam.... 
SeNyUm~(o‿-)

Tuesday, 10 April 2012

SAYA SUKA TENGOK BODY MANTAP AWAK..



Saya suka tengok jari runcing awak cantik betul.
Sampai takut saya nak pegang.
Bukan takut patah tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain.
Di satu hari yang dahsyat di depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak lurus macam teknik rebonding.
Sebab tu saya belikan awak tudung.
Bukannya sebab jeles orang lain tengok awak.
Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak, mantap giler.
Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung.
Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti,
awak lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.


Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya.
Saya pun macam tu jugak.
Awak tanya apa ubatnya???
Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa.
Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak.
Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau.
Nanti awak sakit saya susah ati & bla bla bla bla".
Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor.
Awak langsung tak kata apa satu pun.
Berdosanya saya.

Saya memang sayangkan awak.
Nak setia pada awak.
Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'.
Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat.
Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita.
Dosa saya sendiri pun bertimbun.
Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni.
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Isra’: 32).
 Ya Allah, ampunkanlah dosa kami.
Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji.
Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan 
dari-Mu Ya Allah.



Wallahualam... 
SeNyUm~(o‿-)

Thursday, 5 April 2012

LUPAKAH KITA AKAN ALLAH???

Kadang-kadang ragam dunia membuatkan dada kita lemas dan
 terasa sesak walaupun pada hakikatnya, kita masih bernafas.
Kadang-kadang, ragam manusia sekeliling kita menjadikan kita 
rimas oleh desakan-desakan yang menyuruh kita melalaikan diri 
dan menjauh dari Yang Maha Esa.

Kadang-kadang, suasana dunia sering memerangkap dan memenjara 
nurani kita yang berfitrahkan kebaikan bertukar kepada keburukan dan kejahatan.
Kadang-kadang, ragam alam maya menjadikan kita mangsa tipu daya untuk 
kita mempercayai apa-apa saja sumber yang berjaya dikorek, direka 
serta ditokok tambah di alam penuh global ini.

Jahilnya kita!
Zalimnya kita!
Kadang-kadang, kehidupan menjadikan kita lebih kuat dan luar biasa untuk 
terus berjuang hadapi hidup di masa hadapan.
Kadang-kadang, kehidupan yang sama ini juga menjatuhkan semangat kita 
dan menghalakan jiwa kita ke arah untuk berputus asa.

Lemahnya kita!
Lembiknya kita!
Bila ujian dan dugaan bertandang, jiwa mula resah.
Hati pula sibuk rasa gelisah.
Diri juga semakin menggelabah.

Kenapa ya???
Lupakah kita pada Allah???
Lupakah kita pada ganjaran Jannah???
Lupakah kita pada erti sebuah tabah??
Lupakah kita bahawa ketenangan itu ada pada Allah??



“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi 
tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah...
Hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Surah Al-Ra’d : 28) 

Bila kita ditimpa ujian demi ujian yang bertali arus, diri mula terasa lemas.
Ingin berputus asa dari bergantung harap pada-Nya.
Rasa ingin mati secepat yang mungkin walaupun amalan tak setinggi gunung.

Kenapa mesti rasa begitu ya???
Lupakah kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita???
Lupakah kita bahawa Allah terlalu sayangkan kita???

Sa’ad bin Abi Waqqas berkata: 
"Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?"

Nabi s.a.w. menjawab:
"Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka.
Seseorang diuji mengikut kadar agamanya.
Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras).
Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa"
(Riwayat Bukhari)

Bila insan kecintaan kita seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat dan para guru pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, kita terus dibelenggu kesedihan.
Kecewa berpanjangan dan muram terhadap setiap keadaan.



Kenapa begitu ya????
Lupakah kita pada ujian Nabi terdahulu yang lebih dahsyat lagi dugaannya???
Lupakah kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati???
 Lupakah kita bahawa dunia ini hanya sementara???

“Hai manusia....
Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu)
seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak 
dapat (pula) menolong bapaknya sedikit pun.
Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali 
kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (setan)
memperdayakan kamu dalam (menaati) Allah.”
(Surah Luqman : 33) 

Di mana ketabahanmu saat dugaan menyapa jiwamu?
Di mana sabarmu tika ujian melanda atmamu?
Di mana kekuatanmu saat ombak derita cuba menghanyutkanmu
dalam rendaman air mata semata-mata?
Di mana kebergantunganmu pada Allah saat dunia mula menutup mata hatimu?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk,” 
(Surah Al-Baqarah : 45)

Bila hati resah dan gelisah, ingatlah, kita punya Allah…
Bila jiwa mula bergelora dengan gundah-gulana, jangan kita lupa, Allah selalu ada…
Bila diri mula dihimpit rasa duka, ingatlah, kita ada Allah…
Bila dada terasa lemas dan sesak dengan asakan cinta dunia,
ingatlah Allah matlamat utama kita..
Jangan hanya di waktu susah kita mengingati-Nya..
Tapi, di waktu senang juga, jangan sesekali lupakan-Nya..
Susah senang diiringi dengan ingatan hanya pada-Nya..



Suka duka bersama-Nya..
Sabarlah kerana Allah..
Redalah dengan segala rencana Allah..
Syukurlah dengan segala aturan-Nya untuk kita..
Insya-Allah.. 
Mukmin yang kuat itu tidak ada dalam kamus hidupnya erti ‘putus asa’.
Wallahualam... 
SeNyUm~(o‿-)

Saturday, 31 March 2012

Biarlah Dia Tahu.. SAYA TAK KISAH ♥


Biarlah dia Salah SANGKA...
Biarlah dia Salah ANGGAP...
Biarlah dia Salah MENDUGA...
Biarlah dia TAHU YANG BURUK...
Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...


Kalau dia IKHLAS.. 
Dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada..
Daripada hanya mengharap yang baik dan sempurna...



Sedangkan kita berusaha menjadi seorang insan yang baik...
Bukan kerana si dia, tapi kerana Allah..
Dia tetap TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN..
Biarlah dia tahu kita tidak pandai itu dan tak pandai ini...

Biarlah dia tahu...
Kita mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu...

Biarlah dia tahu...
Kita pernah punya MASA LALU,
Namun kita masih punya MASA HADAPAN...

Biarlah dia tahu..
Biar dia membuat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU,
Supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah...
Kalau ada jodoh ada lah kan ???
I trust HIM more... (^_^)

Biarlah kita lebih prefered di lihat sebagai diri kita yang tak sempurna...
Biarlah mereka tahu kita tidak tahu itu dan tidak tahu ini,
Daripada mereka melihat kesempurnaan kita yang konon maha baik.
I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)
SeNyUm~(o‿-)

APRIL FOOL HARAM???


Ehhh betul ker... 
Jom Baca..

Rasulullah SAW memberi amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia..
Baginda SAW bersabda:
"Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya."
(HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai'e)

Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada serius mahupun bergurau.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim."
(HR Abu Daud)

Raslullah SAW juga bersabda:
"Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran."
(HR Ahmad dan At-Thabrani)

Ohh.. Patut laa...
Anda rasa macam mana????
Hmmm....
Kita diberi akal fikiran untuk berfikir mana baik buruk nya...
Berhati-hatilah sebelum kita melakukan sesuatu perkara..
Renung-renungkan dan selamat beramal~SeNyUm~(o‿-)
Wallahualam...

Thursday, 29 March 2012

KELEBIHAN HARI JUMAAT.



Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita satu hari 
dalam seminggu untuk kita berkumpul beribadah kepadanya.
Hari tersebut adalah hari JUMAAT.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat."
(Hadith riwayat 5 perawi kecuali Bukhari.)

Maka hari Jumaat merupakan hari yang paling mulia dalam seminggu.
Di dalamnya ada waktu yang sangat mustajab doa.
Di dalamnya disyariatkan solat Jumaat.
Di dalamnya disyariatkan khutbah Jumaat.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jumuah, ayat 9:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk mengerjakan solat Jumaat maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu ketahui."



Di antara hikmah Allah s.w.t mewajibkan solat Jumaat adalah agar kita 
sentiasa diperingati untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah.
Malah wasiat untuk bertaqwa kepada Allah merupakan satu rukun yang
wajib pada khutbah Jumaat.
Begitu juga setiap hari Jumaat merupakan peluang untuk kita mendengar nasihat, peringatan dan kebesaran Allah s.w.t, agar kita memperbaharui keimanan kita kepada Allah, mengukuhkan lagi aqidah kita dan menambahkan lagi cinta kita kepada Islam. 
Inilah antara hikmah diadakan khutbah pada solat Jumaat.

Amat sedih sekali jika kita menganggap solat Jumaat ini sebagai satu 
perkara yang rutin, yang diulangi tanpa ada apa-apa kesan didalam jiwa.
Malah lebih malang lagi apabila ada sebahagian kita menganggap waktu khutbah Jumaat sebagai waktu rehat, waktu melelapkan mata, waktu tidur.
Ada sebahagian jemaah yang bukan sahaja tidak menghayati khutbah yang disampaikan, malah dibuai mimpi, seolah-olah khutbah Jumaat adalah cerita-cerita belaka.
Tentu kita tidak mahu menjadi orang yang khayal ketika khutbah disampaikan.
Tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang tidur ketika khutbah disampaikan.

Kerana orang yang tidur dan khayal ketika khutbah disampaikan akan terlepas fadhilat mendengar khutbah, mereka akan terlepas meningkatkan ketaqwaan mereka.
Akan terlepas dari mereka peluang untuk menambahkan keimanan mereka.
Rasulullah s.a.w melarang kita dari berbual ketika khutbah sedang disampaikan.
Sesiapa yang berbual maka akan terlepas pahala Jumaat mereka.

Mengapa???
Agar kita dapat menghayati khutbah.
Inikan pula seorang yang tidur ketika khutbah disampaikan.
Bagaimanakah mereka akan mendapat rahmat Allah?
Mungkin tajuk khutbah yang disampaikan sudah biasa kita dengar.
Mungkin juga khatib yang menyampaikan khutbah tersebut tidak mahir berpidato.
Mungkin juga kita tidak faham apa yang disampaikan.
Tetapi ini bukan alasan untuk kita khayal atau tidur ketika khutbah disampaikan.
Kerana rahmat yang Allah turunkan tidak bergantung keseluruhannya kepada isi khutbah Jumaat, ataupun cara khatib menyampaikan khutbah, ataupun bahasa khutbah itu sendiri.

Rahmat yang Allah turunkan bergantung kepada tahap khusyuk dalam hati kita.
Bagaimana kita boleh mendapat khusyuk kalau kita tidur?
Jika kita tidak dapat menghayati khutbah, maka sebaiknya berzikirlah dalam hati.
Atau kita mengingati kembali segala dosa-dosa dan maskiat yang kita pernah lakukan.
Dan bersegeralah meminta ampun daripada Allah s.w.t, moga-moga ketika kita memohon ampun dari Allah tersebut adalah waktu mustajab doa.
Kita tidak tahu samada kita dapat berjumpa Jumaat akan datang atau tidak.
Malah kita tidak tahu samada ajal kita akan tiba apabila kita selesai dari mengerjakan solat Jumaat ini.

Maka anggaplah ini merupakan solat Jumaat yang terakhir kita di muka bumi ini.
Anggaplah setiap Jumaat merupakan yang terakhir kita di muka bumi ini.
Tidakkah kita mahu bertaubat sebelum ajal datang menyambar.

Allah s.w.t berfirman:

"Bagi setiap umat ajalnya.
Apabila datang ajal mereka maka tidak diperlambatkan atau dipercepatkan sedikitpun."




Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah memastikan bahawa niat kita diperbetulkan apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat.
Adakah kita pergi ke masjid hanya sekadar melepaskan tanggungjawab solat Jumaat?
Adakah kita pergi ke masjid untuk berehat?
Atau adakah kita pergi ke masjid untuk mendapat rahmat dari Allah?

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadith yang masyhur:

"Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat.
Dan sesungguhnya setiap seorang mendapat hasil dari apa yang diniatkan."

Oleh itu, marilah kita perbetulkan niat kita apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat.
Kita pergi ke masjid atas niat untuk mendapat rahmat Allah s.w.t.
Insya Allah, rahmat Allah yang akan kita perolehi kelak.
Dan dengan rahmat Allah, kita akan dapat mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah.

Firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah mereka 
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan solat dan 
mengeluarkan zakat dan mereka tidak takut kecuali kepada Allah.
Maka mudah-mudahan mereka tergolong dalam orang-orang yang diberi petunjuk."
(At-Taubah, 18)

Maka sama-sama lah kita juga diri ini akan memperolehi Rahmat dariNya,
Seperti mana yang Allah janjikan kepada hamba-hambaNya.
 Anggaplah ini merupakan solat Jumaat yang terakhir bagi kita di muka bumi Allah ini..Sekian...
Wallahualam...