‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA

●/

/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan

... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan

....jangan bimbang andai kita belum berpasangan

....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH.

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Follow Me~(o‿-)~

Wednesday, 17 April 2013

~Awas Sikap Suka Bermegah & Suka Dipuji~


SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah:
"Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam."
(Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?

Memuji Allah dengan lafaz "Alhamdulillah" mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.

Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Zikir yang paling afdal ialah "LailahaillaAllah" dan doa yang paling afdal ialah "Alhamdulillah". 
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu 
menerimanya dengan ucapan "Alhamdulillah" maka "Alhamdulillah" yang diucapkan itu 
lebih baik daripada nikmat yang diterimanya. 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Apabila seseorang hamba berkata, "Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu." 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, 
lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya:

Malang kamu! 
Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: 
"Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah." 
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di
dalam khutbah Jumaatnya:

"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. 
Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan." 
(Hadis riwayat Ahmad)

Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri.
Firman Allah yang bermaksud:

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun." 
(Surah an-Nisaa, ayat 49)

Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya. Mereka juga berkata:

Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar." (Surah al-Baqarah, ayat 111)

Al-Miqdad bin al-Aswad berkata:
 Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.
 (Hadis riwayat Muslim)


Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata:

Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. 
Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka." 
(Hadis riwayat Ibn Marduwaih)

# Sekadar Renungan Kita Bersama....
    WALLAHUALAM... ~(^_^)~

Monday, 17 December 2012

~SENYUM~(◕‿◕)~




Senyuman Rasulullah saw banyak menjayakan misi dakwah.
Senyuman adalah ciptaan indah Allah swt.
Malah senyum juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah saw.

" Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah (Ibadah) . "
( Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibn Hibban dan Baihaqi )


Nabi Muhammad saw telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda.
Baginda mampu memikat hati dengan senyuman.
Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman.
Dan baginda saw juga mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi 
diri dengan akhlak mulia. 

Sabda Rasulullah saw :
" Senyum kalian bagi saudaramu adalah sedekah,
beramal makruf dan nahi mungkar untuk saudaramu juga sedekah,
dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah. " 
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Abu Dzar)
 


Senyum itu sedekah..
Senyum itu juga awet muda..
Senyum itu kemesraan..
senyum itu pengikat sahabat..
Senyum itu penambah kasih sayang..
Senyum juga pemanis wajah..
Senyum menambahkan kecantikan..
Dan yang pastinya senyum itu membawa kebaikan..
 
Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas..
Senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah..
Senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul
.
 
~(◕‿◕)~(◕‿◕)~
 



Wednesday, 20 June 2012

~Wanita Yang Harus Di Jauhi~


Seperti yang kita tahu,
KELUARGA adalah institusi penyebaran dakwah dan perkembangan Islam bermula dalam kalangan anggota keluarga.
Apabila pembinaan institusi keluarga berasaskan kepada ajaran Islam, hasilnya sebuah rumah tangga bahagia.

Secara tidak langsung, institusi keluarga bahagia boleh menjadi penggerak dakwah melalui contoh ditunjukkan bukan saja terhadap ahlinya, tetapi juga pihak luar pastinya ingin tahu rahsia kebahagiaan dikecapi.

Tanggungjawab keluarga melahirkan insan bertakwa tidak dinafikan.
Firman Allah yang bermaksud:
 “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.”
(Surah al-Tahrim, ayat 6)

Sementara Qatadah pula berpendapat:
“Hendaklah engkau menyuruh mereka melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan mencegah mereka daripada menderhaka kepada-Nya. Dan hendaklah kamu menjalankan perintah Allah kepada mereka dan perintahkan mereka untuk menjalankannya serta membantu mereka menjalankannya. 
Jika engkau melihat mereka berbuat maksiat kepada Allah, peringatkan dan cegahlah mereka.” 

Melalui penjelasan itu, dapat difahami bahawa keluarga dalam Islam mempunyai peranan besar membentuk ahlinya mentaati segala perintah Allah dan mencegah daripada segala kejahatan demi melahirkan insan bertakwa kepada Allah. 
Sabda Rasulullah:
" Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dasyat di dalamnya.
telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita..

Rasullaullah ditanya, " Mengapa demikian Ya Rasullulah?"
Baginda menjawab:
"wanita mengufurkan suaminya dan mengufurkan ihsannya.

Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup"
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Ibnu 'Asakir pula menyebut:
" Apabila seseorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."


Jenis Wanita Yang Harus Lelaki Jauhi Untuk Berkahwin


Lelaki digalakkan untuk mencari ISTERI SOLEHAH.
Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri
nescaya kamu akan bahagia..
Insya Allah ~

Al-Anaanah
Wanita yang banyak mengeluh.
Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup.
Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup.
Tak redha dengan pemberian yang diberi suami.
Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami,
tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami.
Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas.
Ada saja yang tak cukup. 

Al-Manaanah
Suka mengungkit.
Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu.
Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi".
"Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"
Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami.
Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam.
Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

Al-Hunaanah
Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain.
Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.
Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain.
Tak redha dengan suami yang ada. 

Al-Hudaaqah
Suka memaksa.
Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.
Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami.
Adakalanya dengan berbagai ancaman.
Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami.
Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya.
Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja. 

Al-Hulaaqah / Al-Buraqah
Perempuan sibuk bersolek tanpa mempedulikan ibadah-ibadah
yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat,
tidak mengurus rumah-tangga, tidak mempedulikan suami dan anak-anak.

As-Salaaqah
Wanita yang banyak bercakap.
Asyik nak berleter saja 24 jam.
Sikit-sikit nak memekak, cakap kuat macam duduk sebatu.
Banyak bergosip siang malam, pagi petang asik bergosip.
Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak betul dimatanya.
Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain .
Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.


Rasullulah juga bersabda :
"Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya"
(H.R Tirmizi dan Ibnu Hibban)


Demikianlah sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda seorang isteri yang derhaka dan balasan yang akan di terima di akhirat kelak.
Semoga ianya boleh memberi kesedaran dan manfaat kepada kita semua (terutama yang bergelar isteri) bahawa perkara-perkara yang boleh mendatangkan DERHAKA (nusyuz) dapat dielakkan... Insya Allah~

Sekiranya keredhaan seorang anak datang daripada redha Ibu Bapa,
Maka keredhaan seorang isteri pula datang daripada redha suaminya.
Isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari di Syurga nanti,
sedangkan isteri yang nusyuz tempatnya di Neraka.

Maka kita berfikirlah sejenak.....
"Wanita yang cerdik...
Adalah wanita yang sanggup mengorbankan sedikit daripada perasaannya dan bersusah payah di dunia semata-mata untuk mencapai kebahagiaan di hari Akhirat kelak.."


Islam memang cantik kerana sentiasa mendidik umatnya memikirkan kesejahteraan dan kerana itu digalakkan supaya mengambil langkah pencegahan dalam setiap aspek kehidupan bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini. 

Suami dan isteri hendaklah bergaul dengan penuh adab sopan sebagai contoh kepada anak apabila berinteraksi dengan masyarakat.
Jangan salahkan anak melakukan perkara tidak baik jika itulah perkara yang biasa dilihat dalam perbuatan ibu bapanya. 

Kesalahan perlu diperbetulkan dengan baik dan bijaksana, kerana setiap masalah pasti ada jalan keluarnya, yang penting merujuk kepada Islam sebagai panduan hidup.
Begitu juga dugaan yang datang, hendaklah diterima dengan hati terbuka seterusnya mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya. 
Wallahualam... 





Wednesday, 13 June 2012

~WANITA DAN MALU~


(o‿-)
Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. 
Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. 
Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? 
Wanita mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. 
Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu 
surah An-Nisaa'. 

Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, 
"seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya."  
Ingatlah akan Sayyidatina Khadijah r.a., dan Masyitah. 
Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. 
Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. 
Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa. 
Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. 

Mereka itu adalah wanita...
yang menundukkan pandangan mereka, 
menjaga aurat mereka, 
memelihara malu mereka, 
yang memelihara perilaku mereka...
serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan. 
Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga...
oleh seorang wanita Islam.

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." 
(Surah Al Ahzab: 32)

"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." 
(Surah Al-Ahzab, 33)

 “Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki...?”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula bunga.
 Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.
Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, di mana-mana ruang dan peluang.
Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba 
dan terus mencuba.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi) 

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.
Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. 





Walau apa pun yang dilakukan oleh wanita, ianya akan mendapat perhatian lelaki.

Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat akan diminati,
apabila memakai pakaian menutup aurat akan kelihatan menawan,
apabila berpakaian seksi akan dipandang menggoda,
dan pelbagai lagi menarik perhatian lelaki terhadap wanita.

Ianya bergantung juga pada lelaki yang memandangnya.
Oleh sebab itu Allah s.w.t telah mengurniakan sifat malu kepada wanita.
Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat, dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak. Hendak mendedahkan aurat, dia takut kalau ada lelaki mengganggunya dan hendak berjalan seorang, dia takut kalau ada orang mengusiknya.



Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu."
(HR Bukhari)



Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.

Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang.
Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana.
Melalui media cetak  dan media elektronik bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Ingatlah wahai wanita~
Berdua-duaan dalam Islam adalah haram jika pasangan belum bernikah,ini kerana mereka akan terjerumus melakukan maksiat (bersentuhan dan zina).
Mempunyai rasa cinta adalah fitrah manusia yang diberi Allah dan ia tidaklah salah.
Bermanja-manja dengan orang yang dicintai, keluar bersama tanpa mahram wanita tidak dibenarkan dalam Islam walaupun sudah bertunang.
tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja. 
Ingatlah wahai wanita, 
sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. 
Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. 
Ingatlah wahai wanita, 
kepanasanmu bertudung, 
longgarnya pakaianmu, 
panjangnya lengan bajumu, 
panjangnya sarung kakimu, 
sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu...
ganjarannya SYURGA di akhirat kelak. (o‿-)



Kebaikan itu adalah elok budi pekerti.
Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya...

(Riwayat Muslim) Ibn Umar ada berkata:
"Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut." 
Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman,
dan kejahatan itu dalam keraguan" 

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.
Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita.  Syurga itu impianmu, MAKA ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda.




Mulialah wanita solehah.
Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan 
melahirkan generasi dambaan.
Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di surga.
Kemuliaan wanita solehah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, 
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. 
(HR. Muslim).

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan:
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki.
Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, 
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa...
Setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..
Insyaallah....
WALLAHUALAM...  
SeNyUm~(o‿-)

Thursday, 19 April 2012

Hari Jumaat!! Ada Apa??

Sekadar Renungan Kita Bersama.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 
Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat..
 Pada 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat.

Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi
pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini
Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur.
Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit..
Bukan hari kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia
 di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 sahaja.

Menurut kajian NASA...
Pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi..
Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu?
Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012??
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..


Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa
agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah..
Jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman..
Mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu..".

Kami bertanya:
"Suara apakah, ya Rasulullah?"

Beliau menjawab:
"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, 
pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur,
menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya,
pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.
Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat,
masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah 
kalian kepada Allah dan ucapkanlah:
 " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ",
kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
(Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..


Ya Allah....
Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,
yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,
sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,
lindungila kami sekeluarga..
aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......
Wallahualam.... 
SeNyUm~(o‿-)

Tuesday, 10 April 2012

SAYA SUKA TENGOK BODY MANTAP AWAK..



Saya suka tengok jari runcing awak cantik betul.
Sampai takut saya nak pegang.
Bukan takut patah tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain.
Di satu hari yang dahsyat di depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak lurus macam teknik rebonding.
Sebab tu saya belikan awak tudung.
Bukannya sebab jeles orang lain tengok awak.
Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak, mantap giler.
Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung.
Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti,
awak lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.


Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya.
Saya pun macam tu jugak.
Awak tanya apa ubatnya???
Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa.
Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak.
Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau.
Nanti awak sakit saya susah ati & bla bla bla bla".
Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor.
Awak langsung tak kata apa satu pun.
Berdosanya saya.

Saya memang sayangkan awak.
Nak setia pada awak.
Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'.
Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat.
Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita.
Dosa saya sendiri pun bertimbun.
Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni.
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Isra’: 32).
 Ya Allah, ampunkanlah dosa kami.
Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji.
Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan 
dari-Mu Ya Allah.



Wallahualam... 
SeNyUm~(o‿-)

Thursday, 5 April 2012

LUPAKAH KITA AKAN ALLAH???

Kadang-kadang ragam dunia membuatkan dada kita lemas dan
 terasa sesak walaupun pada hakikatnya, kita masih bernafas.
Kadang-kadang, ragam manusia sekeliling kita menjadikan kita 
rimas oleh desakan-desakan yang menyuruh kita melalaikan diri 
dan menjauh dari Yang Maha Esa.

Kadang-kadang, suasana dunia sering memerangkap dan memenjara 
nurani kita yang berfitrahkan kebaikan bertukar kepada keburukan dan kejahatan.
Kadang-kadang, ragam alam maya menjadikan kita mangsa tipu daya untuk 
kita mempercayai apa-apa saja sumber yang berjaya dikorek, direka 
serta ditokok tambah di alam penuh global ini.

Jahilnya kita!
Zalimnya kita!
Kadang-kadang, kehidupan menjadikan kita lebih kuat dan luar biasa untuk 
terus berjuang hadapi hidup di masa hadapan.
Kadang-kadang, kehidupan yang sama ini juga menjatuhkan semangat kita 
dan menghalakan jiwa kita ke arah untuk berputus asa.

Lemahnya kita!
Lembiknya kita!
Bila ujian dan dugaan bertandang, jiwa mula resah.
Hati pula sibuk rasa gelisah.
Diri juga semakin menggelabah.

Kenapa ya???
Lupakah kita pada Allah???
Lupakah kita pada ganjaran Jannah???
Lupakah kita pada erti sebuah tabah??
Lupakah kita bahawa ketenangan itu ada pada Allah??



“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi 
tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah...
Hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Surah Al-Ra’d : 28) 

Bila kita ditimpa ujian demi ujian yang bertali arus, diri mula terasa lemas.
Ingin berputus asa dari bergantung harap pada-Nya.
Rasa ingin mati secepat yang mungkin walaupun amalan tak setinggi gunung.

Kenapa mesti rasa begitu ya???
Lupakah kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita???
Lupakah kita bahawa Allah terlalu sayangkan kita???

Sa’ad bin Abi Waqqas berkata: 
"Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?"

Nabi s.a.w. menjawab:
"Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka.
Seseorang diuji mengikut kadar agamanya.
Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras).
Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa"
(Riwayat Bukhari)

Bila insan kecintaan kita seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat dan para guru pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, kita terus dibelenggu kesedihan.
Kecewa berpanjangan dan muram terhadap setiap keadaan.



Kenapa begitu ya????
Lupakah kita pada ujian Nabi terdahulu yang lebih dahsyat lagi dugaannya???
Lupakah kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati???
 Lupakah kita bahawa dunia ini hanya sementara???

“Hai manusia....
Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu)
seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak 
dapat (pula) menolong bapaknya sedikit pun.
Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali 
kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (setan)
memperdayakan kamu dalam (menaati) Allah.”
(Surah Luqman : 33) 

Di mana ketabahanmu saat dugaan menyapa jiwamu?
Di mana sabarmu tika ujian melanda atmamu?
Di mana kekuatanmu saat ombak derita cuba menghanyutkanmu
dalam rendaman air mata semata-mata?
Di mana kebergantunganmu pada Allah saat dunia mula menutup mata hatimu?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk,” 
(Surah Al-Baqarah : 45)

Bila hati resah dan gelisah, ingatlah, kita punya Allah…
Bila jiwa mula bergelora dengan gundah-gulana, jangan kita lupa, Allah selalu ada…
Bila diri mula dihimpit rasa duka, ingatlah, kita ada Allah…
Bila dada terasa lemas dan sesak dengan asakan cinta dunia,
ingatlah Allah matlamat utama kita..
Jangan hanya di waktu susah kita mengingati-Nya..
Tapi, di waktu senang juga, jangan sesekali lupakan-Nya..
Susah senang diiringi dengan ingatan hanya pada-Nya..



Suka duka bersama-Nya..
Sabarlah kerana Allah..
Redalah dengan segala rencana Allah..
Syukurlah dengan segala aturan-Nya untuk kita..
Insya-Allah.. 
Mukmin yang kuat itu tidak ada dalam kamus hidupnya erti ‘putus asa’.
Wallahualam... 
SeNyUm~(o‿-)