‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA

●/

/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan

... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan

....jangan bimbang andai kita belum berpasangan

....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH.

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Follow Me~(o‿-)~

Wednesday 17 August 2011

Luahan Seorang Lelaki...(o‿-)



Assalamualaikum,
apabila terbaca 1 buku yg mnceritakan tentang kisah lelaki & sy terusik dan tersentap dengan jalan penceritaan nyer. Sebagai seorang lelaki, saya faham  keadaan dan penderitaan yg akan ditanggung oleh seseorg lelaki apabila perkara ini berlaku keatasnya, kita sendiri juga pernah mengalaminya dan mungkin berlaku pada diri kita.
Memang benar, sekiranya kita sebagai lelaki ingin mengikutkan keegoan kita pasti akan memberi kata dua kepada perempuan yang gemar menuduh, menghina bukan sahaja lelaki malah mengeluarkan kata2 hina terhadap ahli keluarga lelaki  bagi mencelanya.


tp sebagai lelaki@suami salah ke kite menegur sesuatu perkara terhadap
 perempuan@isteri selagi ia tidak bertentangan dengan agama, dan kite mnyatakan ape yg kite tidak suka untuk dya lakukan, tp dya xpenah terpikir dan xpenah nak sedar ape yg kite lakukan adalah tuk kebaikan bersama, tp ble kte tegur kite nie la yg sering dpersalahkan, malah mereka bersikap lebih agresif sehingga meninggikan suara, membantah, melawan kehendak lelaki tanpa sebab munasabah, katenye lelaki nie mghalang kebebasan hidup mereka, kongkong hidup mereka n mcm2 lagi....
 SeNyUm~(o‿-)
Namun, kita bukanlah lelaki yang sebegitu….
Sebaliknya setiap kali bila kita rasa gelisah dan hampa dengan perbuatan dan kata2 perempuan, kita akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.
Selalu ingatkan kepada diri kita bahawa kebahagian di dunia yang fana ini bukanlah yang hakiki, yang lebih utama ialah mendapat kebahagian di akhirat kelak dan juga mendapat keredaan Allah di dunia.
Marilah kita sama2 pengambil iktibar dari kisah Nabi Nuh dan Nabi Luth yang mana sentiasa mendapat tentangan dan penghinaan dari isteri2 mereka yang Allah janjikan azab pembalasan….
Saya pasti ramai lagi lelaki diluar sana yang menghadapi masalah yang sama. Ini semua adalah ketentuan Allah dan tanda2 yang kita ni berada di akhir zaman.
 SeNyUm~(o‿-)
Bagi yang sedar, marilah kita sama2 bersabar, berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga keluarga yang kita sayangi ini sama2 dapat menjadi tetamu syurga yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka mereka yang bertakwa. Amin….. renung-renungkan lah......
wallahualam.....
 SeNyUm~(o‿-

Sunday 14 August 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya???????
Ya perlukah seorang wanita yang bebas, mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki???

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa. Cinta juga tidak datang di kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada yg memerlukan. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berserban, janggut selambak atau harta membuak-buak. (hahaha)


Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan dl sesuatu perhubungan.

Kerana apabila mempersilakan seorang lelaki duduk di samping seseorg untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya dipikul atas bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun sebelum berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak mengatasinya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihendaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

SeNyUm~(o‿-)~

Monday 1 August 2011

DI MANAKAH CANTIKNYA WANITA?

kaum wanita aurat dibuka,
berlenggang lenggok di jalan raya,
sanggol di lilit bagai mahkota,
tak akan mencium semerbak syurga.....

Mungkin pada sepasang matanya yang manja yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu memberikan jerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekali memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi mungil anak-anak.
Atau mungkin juga pada gerai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang bisa melembutkan sekaligus menghangatkan perasaan.


Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita.

Seseorg wanita itu. seharusnya panjangkan kesyukuran ke hadirat Tuhan karena menjadikan dirinya wanita dan memberikan kita keindahan itu. 


Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi...... wajah akan suram, mata akan kelam. 


Satu saja yang tidak akan dimakan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Demikianlah kecantikan yang sebenarnya.
Renung-renungkan dan selamat beramal~SeNyUm~(o‿-)
"perempuan tidak memahami hati seorg lelaki yg jujur, malah hatiku turut disakiti dengan pelbagai jenis "racun",tiada siapa kah lg yg sanggup mengubati hatiku yg telah hancur luluh ini,semakin hari semakin sunyi,keseorangan tanpa sesiapa yg mengasihi ku,wahai TUHAN ku tolong lah hamba Mu ini yg sering disakiti dan sering keseorangan ini"
 9 sikap wanita yang disukai lelaki: (sekadar renungan buat kita semua...)
  1. Keibuan
  2. Keanak-anakkan
  3. Penuh Pengertian
  4. Menghargai
  5. Menjaga Penampilan
  6. Pandai berbicara
  7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
  8. Menghormati Diri Sendiri
  9. Simpati dan prihatin