‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA

●/

/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan

... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan

....jangan bimbang andai kita belum berpasangan

....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH.

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Follow Me~(o‿-)~

Thursday 8 December 2011

~ANGRY BIRD~


SeNyUm~(o‿-)~

Seperti yang kita tahu, salah satu game yang sedang 'hangat' di main antara semua game-game apps Apple yang diminati pelbagai lapisan umur tidak kira kanak-kanak, remaja juga tidak ketinggalan IbuBapa kita, boleh dikatakan semuanya suka bermain game ini..

Tidakkah kita pernah tertanya-tanya kenapa ia diminati???
Apa yang best sangat dengan game nie???

Secara am nya, game ini hanyalah berkaitan burung-burung yang marah kepada binatang berwarna hijau (Khinzir) yang mencuri telur mereka..

Betul tak?????

Tapi sedar tak kita...

Permainan ini dipenuhi dengan sifat nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah
Ehh... betul ker?????


(o‿-) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan...

Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
Yang putih pula sanggup mengorbankan anaknya!

Ini bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamat untuk menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya...
Terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas..

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:110)


(o‿-)  Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang
 marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan.
Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.


(o‿-) Tanzim (organisasi) Yang Tersusun

Tapi adakah mereka main langgar je sape yang serang dulu??

TIDAK!!!!

Mereka sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza.
Setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
Jadi mereka menyusun, sape pergi dulu dan selepas itu sape pula yang seterusnya.

KENAPA???

Saidina Ali berkata:
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


(o‿-) Gerak Kerja Yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara mereka menyusun sape yang pergi dulu dan sape yang akan pergi dulu?
Mereka menyusun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling berhasil dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu.

Maka setiap orang yang mempunyai sifat yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya.
Yang reti potong kayu pergi serang kayu.
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu.

Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect.
Apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta sifat jundi (tentera) yang berbeza-beza..

Juga bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit dan masa yang paling cepat..


(o‿-) Taat Dan Sebagai Qiyadah

Perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk 
berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, 
maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.

Pasti tidak ada orang yang nak main jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh.


 (o‿-) Ukhuwah

Lastly, kenalah faham bahawa burung-burung yang marah itu sangat kuat.
Kerana itulah teras dan tunjang utama kekuatan mereka.

Mereka berasa sedih, marah, apabila telur saudara-saudaranya di curi, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka, kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu adalah bersaudara

Seperti kita lah juga semua umat Islam adalah bersaudara..
Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang mampu menarik kita ke API NERAKA..

KENAPA????

Sebab kita juga menyayangi saudara kita..
Sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang.
Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam.
Tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.

Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam.
Malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah 
antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berebut-rebut memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. SungguhNya, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)

SEDARLAH.....

Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah dan kesatuan di kalangan umat Islam..
Semua yang korang baca tadi adalah antara sifat-sifat murni daripada Game Angry Birds.

Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat:

Iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih,
Kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

Wallahualam... SeNyUm~(o‿-)~

No comments:

Post a Comment