‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ

´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA

●/

/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan

... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan

....jangan bimbang andai kita belum berpasangan

....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH.

•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Follow Me~(o‿-)~

Friday 17 February 2012

~Muslimah Solehah~


Muslimah Solehah

Adalah wanita yang mengisi kehidupannya dengan fitrah kebenaran.
Jika dia seorang anak, maka dia akan menjadi anak yang solehah.
Jika dia seorang isteri, dia akan menjadi isteri yang taat dan patuh pada suami.
Jika dia seorang ibu, maka dia akan mencurahkan kasih sayangnya untuk anak-anaknya....
Begitu juga jika dia sebagai hamba ALLAH yang tidak mempunyai sesiapa..
Dia akan tunduk dan menyerah diri kepadaNya.
Selanjutnya wanita solehah akan mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan...
Wanita Solehah yang telah melengkapkan dirinya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni merupakan bunga Idaman yang menghiasi Taman-taman SYURGA.....



Hatinya disalut taqwa kepada ALLAH.
Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Sentiasa dahaga dengan ilmu,
Sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya.
Tidak pernah takut untuk berkata benar.
Tidak pernah gentar melawan nafsu. 
Tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
Di situlah mahligai impiannya,
Dialah MUSLIMAH SOLEHAH seadanya.


KEPERIBADIAN MUSLIMAH SOLEHAH

Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam.
Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

 Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.



Allah berfirman yang bermaksud:


"Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu & pakaian indah untuk perhiasan.

Dan pakaian Takwa itulah yang paling baik"

Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka).
(Surah an-Nisaa: ayat 34)

Walau dari keturunan apa pun, dari latar belakang yang macamanapun, andainya wanita ini telah bertaubat, dan benar-benar taat dalam beragama, pasti Allah akan mengangkat darjatnya dan dia tetap terpandang mulia dari sudut mana pun jua.
Firman Allah diatas jelas menunjukkan betapa Allah memelihara wanita-wanita yang solehah ini.


Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua dihati untuk dikasihi, Engkau wanita hiasan duniawi,
Sedarilah insan istimewa, Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan, Bahkan sebagai hiasan kebaikan.


 Renungan Hati Muslimah Solehah "Bidadari Dunia Itu, Wanita Muslimah"

SeNyUm~(o‿-)

No comments:

Post a Comment